Thursday, July 2, 2009

terhempas di hujung dunia

assalamualaikum dan salam perpaduan.

sudah agak lama selepas kali terakhir saya meng update.
dan dalam masa tersebut banyak idea dan kisah serta pengalaman untuk di kongsi bersama. tetapi untuk post kali ini saya akan berkongsi satu kisah sahaja kerana syarat yang saya tetapkan kepada diri sendiri iaitu satu entri untuk satu tajuk sahaja. ada faham?

sesuai dengan nama tajuk kali ini.
saya telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian didalam bidang kejuruteraan metalurgi di universiti malaysia perlis/unimap/ universiti kejuruteraan utara malaysia (nama lama).
latar belakang jurusan dan universiti-

kejuruteraan metalurgi ialah salah satu cabang daripada kejuruteraan bahan(material engineering) dan ia mengkhusus didalam bidang logam (specialise in metal). kiranya semua metal dalam periodic table saya akan belajar beserta kegunaan, sifat sebatian kimianya, ketahanan, cara mengendali (bagi metal yang beradiasi seperti uranium dan plutonium), dan lain-lain lagilah yang saya pun belum tahu lagi.haha

universiti malaysia perlis pula merupakan hanya satu universiti didalam malaysia yang menawarkan program ini (buat masa ini). universiti malaysia perlis(unimap) ialah satu universiti yang bersifat bertaburan. seluruh negeri perlis adalah lokasi untuk unimap. boleh dikatakan radius untuk universiti yang terbesar di dunia ini ialah unimap. kerana radius nya ialah sepanjang negeri perlis. haha. radius saja besar. tetapi kampus kecil dan berselerakan..

naib cancellor di universiti ini berpangkat brigadier general. maafkan jika salah ejaan.
beliau sangat bersemangat hingga turut bersama-sama pelajar untuk senam poco-poco dan berkaraoke. umur tua dah tapi hati muda. memang semangat lah beliau ini. rugged gilar. sempoi beb. bagus bagus..

saya masuk ke unimap sementara menunggu untuk membuat permohonan semula ke MARA untuk proses pinjaman wang. ada sesiapa yang hendak sponsor? anda amatlah dialu-alukan. tetapi saya akan tetap fokus belajar engineering ini. manalah tahu sekiranya MARA ada masalah lagi dan saya terpaksa mencari peluang lain..
tapi jika saya belajar sehingga grad dan menggenggam segulung ijazah kelas pertama (insyaallah) saya akan tetap menunggu untuk jadi pilot.best juga kan jika nama saya nanti Captain Ir. Mohammad Fakhruddin b Mohammed Noor. kalau sambung sampai PhD, Captain Dr Ir Mohammad Fakhruddin b Mohammed Noor. (angan-angan dan mungkin tercapai) haha. doakan kejayaan saya..

Blog ini masih menunggu kehadiran adik beradik yang lain. mungkinkah mereka sibuk? ataupun masih tidak tahu kewujudan blog ini. harap yang sudah tahu tolong khabarkan kepada mereka yang belum.

setakat ini sahaja untuk entri kali ini. agak membosankan. mungkin kerana sudah sangat keletihan berpindah rumah dan ber orentasi minggu ini. harap maaf..

insyaallah saya akan kembali kerap meng update selepas ini kerana apartment baru yang saya duduki ini mempunyai akses internet terlaju bagi universiti-universiti di malaysia. ini satu yang bagus tentang unimap. memang pergh lah dia punya laju. boleh tahan lah. laju sikit dari streamix. (i'm exaggerating).

setakat ini.
salam perpaduan...

1 comment:

  1. Insyaallah, kalau dikurnikan umur yg panjang, tahun 4 nanti jumpa saya utk subjek (optional) enginering alloys & metallurgical forensic engineering.. nice blog.

    ReplyDelete