Saturday, July 4, 2009

hari berdukacita..

assalamualaikum dan salam dukacita..

hari ini adalah satu hari yang penuh dengan belbagai perasaan.
hangin, menyirap, benci, marah, segala macam kedukacitaan lah!!
tapi pada masa yang sama rasa gembira, riang, cool sikit n dah tenang.
begini cerita nya...

hari ini adalah hari untuk community service bagi semua pelajar tahun pertama di unimap. kami semua di wajibkan untuk membersihkan seluruh kawasan negeri perlis yang terkecil di malaysia ini. kecil-kecil pun, kawasan nya luas juga lar. satu negeri kan. kami semua pelajar tahun pertama yang berjumlah lebih kurang 1600 orang di pecah-pecahkan kepada beberapa kumpulan.
kumpulan saya diberi kawasan sekitar pasar besar kangar.
tiada masalah untuk kerja pembersihan ini. kerana dapat berbakti kepada alam sekitar (siapa kata engineer merosak kan alam? budak bio sendiri yang tidak pandai merancang..).

balik semula kecerita asal.
sebelum aktiviti pembersihan yang sepatutnya dijangka bermula jam 2.45 petang, kami dikehendaki untuk menunggu seorang 'vvvvvvvvvvvvvvvip' ni.
beliau ini dirancang kan untuk tiba pada jam 2.20 petang kerana kami sudah berada disana seawal selepas jam 2 petang.
tetapi, mungkin kerana beliau ini terlampau sibuk, atau sakit perut terberak-berak (aku doakan kau jadi betul2 jika kau sengaja datang lewat tadi) atau juga kerana beliau rasa beliau ni sangat banyak huruf 'v' nya di dalam perkataan vip, beliau sengaja datang lewat untuk membuat kami tertunggu-tunggu. 'hero comes late' lar konon nya..

dalam lebih kurang jam 4 petang kot baru beliau ini sampai.
ucapan tidak di beri perhatian, kerana rata-rata pelajar telah menyirap dengan beliau kerana datang teramat lah lambat..

dan kami memulakan kerja pada jam 4.30 petang. kerja beres dalam pukul 6.50
menunggu bas lebih kurang 15 minit, sampai di rumah jam 7.15 malam. dan baru nak menunaikan solat asar. dosa saya kerana melewatkan solat anda tanggung ye vvvvvvvvvvip. kerana anda saya lewat solat. saya sudah mencari tempat solat. tetapi di pasar, fikir logik akal nabil pun boleh tau tiada surau. kan kan? ditambah dengan baju yang dah kotor dan berbau anak ikan campur ayam, daging dan sayur, di blend buat jus. bagi anda minum..

saya tersangat lah tiada mood tadi. tetapi terima kasihhh kepada arasyi, fazlina, ALONG, dan farah kerana menemani saya dikala kebosanan. jasa mu dikenang..

itu sahaja coretan untuk kali ini.
selamat beristirehat di hujung minggu ;p

No comments:

Post a Comment