Friday, July 3, 2009

kembara malam

assalamualaikum dan selamat pagi.
anda sihat? kalau x sihat cepat-cepat pergi buat wasiat sebelum terlewat..

malam tadi aku pergi berjalan-jalan satu perlis. sewa kereta dengan rakan-rakan.
keluar pukul 10 malam dan kami bermalam di rumah member lain di taman semarak.
dalam pukul 2 pagi kot baru sampai rumah. kami pergi bersiar-siar, minum-minum sahaja.
adat melayu, melepak untuk menghabiskan masa yang terluang..

perlis ni malam dia mati. sangat lar tidak banyak kereta dekat jalan-raya. siang hari pun tak pernah sesak dekat sini. agak nya orang perlis ini semuanya baik-baik dan sopan santun belaka.
sepanjang perjalanan itu, terdapat satu kejadian yang mendebarkan telah berlaku. begini kisahnya..

orang yang pandu kereta ini ialah seorang pemandu yang katanya berpengalaman memandu kereta-kereta besar. kira expert lar ni. tapi beliau tidak ada lesen. (boleh camtu??)
dan ketika kami sedang berseronok didalam kereta, bertembung pula dengan sekatan jpj (road blok). rakan ini cepat-cepat berhentikan kereta di tepi jalan dan tukar driver. haha. tau cuak..
sampai dekat road block itu, kereta kami disuruh berhenti di tepi jalan untuk diperiksa. masing-masing dah cuak. kerana kereta yang kami sewa ini tiada permit lesen penyewa kereta. awal-awal lagi pakcik owner itu dah pesan. jika kena tahan, cakap itu kereta sendiri..
setelah di periksa, alhamdulillah tiada apa-apa masalah. cuma jpj itu banyak tanya lar. bila salam dengan dia, dia kata 'fuh sejuk nya tangan hang.' haha.

pengalaman pertama aku di tahan ditempat orang..

No comments:

Post a Comment