insyaallah hari ini ending cerita ini. tak tahu lah sedap atau tidak.
anda nilai sendiri...
seperti yang diketahui, kasim mengajak kemboja untuk menemaninya pergi ke hospital.
didalam perjalanan, kasim cuba untuk merapati kemboja dengan lebih erat.
kemboja berasa tidak selesa tetapi takut untuk meluahkan nya.
kasim berasa senang hati.
dalam fikiran nya, mungkin sudah terbuka pintu hati kemboja untuk bersama dengan nya.
kemboja pula?
diam tanpa bicara.
sepatah ditanya, sepatah dijawab.
sepuluh patah ditanya, tetap sepatah dijawab.
malas nak layan.
cepat2 la mati si kasim nie.. bentak hati kecil kemboja..
akhir kisah, malam itu,
kasim mengajak kemboja menemani nya ke satu tempat.
kemboja tanya kemana?
kasim jawab bersahaja 'ikut jaa..'
kemboja risau. lalu dijawab
'cakap dulu. kalau tidak taknak ikut..'
kasim: ikut la. kejap je. tempat special..
kemboja:mana??
kasim: hadui.. xyah la banyak tanya.. ikut je la..
kemboja: cakap dulu pergi mana..
kasim: pergi hati saya. jum? nak ajak awak declare nie..
kemboja: awak..
saya baik kat awak sebab consider awak sakit je..
saya lansung takde hati kat awak.. awak nak ke saya x ikhlas dengan awak?
kasim: x ikhlas pun takpe. yang penting saya dapat awak.. awak x kesian ke saya yang tengah sakit nie..?
kemboja: ok. kalau betul awak sakit, saya kaple ngan awak 3 bulan je. kalau dalam 3 bulan awak tak mati, kita clash. boleh??
kasim: @#4*&^*#@**&@...
cerita ni adalah gabungan kisah2 memember aku laki dan perempuan.
aku dengar dan ambil pengajaran..
kesimpulan dalam cerita ini senang saja.
kalau kau dah minat sorang perempuan, pikat lah dia dengan segala usaha. kerana perempuan ini lembut hatinya..
tetapi jangan sekali2kali menipu perempuan. kalau dah dia taknak, jangan lah cakap kau sakit ke, nak mati ke, atau apa saja lah idea bangsat yang ada dalam hati kau.
aku juga lelaki. tapi aku tak suka tipu benda macam ini.
macam lelaki sundalan tahu tak kalau kau menipu wanita yang sememangnya mudah tertipu.
kalau dah tak dapat tu, carik la wanita lain. ramai lagi kaum hawa yang menanti lelaki berjaya macam kaorang ni. sebab lelaki berjaya itu tidak ramai sekarang...
sory kalau cerita ini tidak menarik.
aku tidak pandai mengolah ayat yang menarik. sekadar peringatan kepada kawan2 akan hal begini.
kerana sedang berlaku ke atas 'adik' aku..
~end of the story~
No comments:
Post a Comment