Sunday, June 28, 2009

assalamualaikum...

hye sumer!shipah here 4 the 1'st tyme kt blog nh...hmm...nk cte ape yek?ni pon fakha bg msg swoh tulis sbb die ader problems wireless.huhu...pity him.
this weekend,i gain new xperience.....sgt precious...pnat tp berbaloi...thanx 2 abg wan,student medic ukm 4th year.aku join program dakwah hospital,tido di hukm....sgt best.ceramah boring.mlm2 xder xtivity,so,abg wan n kak su n kak farih stdnt medic 3rd year ajak ktorng jd temporary doctor kt hukm tuh...huhu..seyres stu hospital bajet ktorng stdnt medic ukm 3rd year.mane xnyer,ktorng pinjam lab coat abg n kakak2 nh..pak guard kt wad 2 bg jer ktorng msok sbb pki lab coat.huhu...best.real doc pn bajet ktorng stdnt medic..huhu...will be continue... :)

Friday, June 26, 2009

Ain yang comel

Tajuk ni seperti mana sume orang dah tahu, saje je nak spamming. Jahat tak?

Anyway, semua orang dah nak masuk universiti dah. Rindu lak kat korang. Ain sejak kebelakangan ni dok asyik call teman seperjuangan dulu2 kat Matriks. Sapa orangnye? Hehehe... Ain ni jenis orang yang cepat confuse tak tentu arah dan bila Ain nak confirmation daripada seseorang, mestilah orang yang pernah buat benda ni atau orang yang nak buat benda yang sama seperti Ain. Lepas dapat result dapat masuk UNIMAS...ye, UNIMAS. Sesapa yang Ain pernah beritahu yang Ain ni nak sangat masuk UNIMAS, ha!! Dapat masuk pun!! Syukur Alhamdulillah..

Sambungan, lepas dapat result masuk UNIMAS, terus Ain call sapa haa...Oh ye, Ain call kawan2 masa Sem 1, Arasyi, Fakhruddin, Arif...sapa lagi? Tak ingat lak plak. Com orang tak betul Ain dok asyik call orang especially Arasyi. Kesian Arasyi...kalau handphone dia berdering tuh...hmph! Tak lain tak bukan, Ain le tu. Hahahahaha!!

Anyway, Ain akan bertolak ke Sarawak...hari ni hari Sabtu, 1.04 am.....Ain akan bertolak ke Sarawak hari ni. Pukul 12.20pm adalah flight dari KB ke KL. Flight KL ke Kuching plak kul 4 pm. Taklah letih sangat cume nak tunggu berjam2 kat KLIA yang tak tahan nih.. Dahlah takde katil kat airport tuh. Nak tidur...hmph! Kerusi je la jadi katil ke sofa ke...ikut imaginasi anda. Ada jugak teman seperjuangan lain yang Ain dengar dapat masuk UNIMAS macam Ain, Hasni dan Asmiha(budak kelas H2T13). Dapat ke kita bersemuka nanti? Harap2 dapatlah kalo tak sibuk sangat, ye tak?

Kepada yang lain, tahniah ye dapat masuk U! Safwan, jangan putus asa. Ada banyak peluang di dunia ni, kita kena rajin mencari sahaja dan berusaha. Fakhruddin, Ain berdoa agar harapan awak nak jadi pilot dan kasi Ain tiket free balik Kelantan dari Kuching termakbul. Amin...

Itu sahajlah daripada Ain. Kalo Ain ada masa, Ain akan bercerita lagilah dia lain hari.


safwan aka putera_smka

assalamualaikum kawan2..
ana baru sahaja selesai berniaga pasar malm tolong mak sedara bulan nie...
jadi sekarang ana merancang nak keje lain pulak..
nak tau ape?????
tunggggguuuuuuuu........

Wednesday, June 24, 2009

entri lucah

selamat sejahtera kepada semua.
(tajuk untuk menarik perhatian sahaja. tiada kena mengena dengan post ini)


malam semalam aku pergi tengok filem transformer. pukul 12 tengah malam bersama kawan kawan setaman. cerita ini panjang. sangat lama. dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 2.35 pagi kalau tidak silap. bagi orang yang meminati cerita berkisar robot-robot mungkin akan suka cerita ini. tetapi bagi aku cerita ini sedikit bosan. tidak lah bosan sangat. tetapi macam banyak mengarut lar.siap aku tertidur dalam panggung. haha. bukan peminat filem robot.. tetapi ada adegan adegan yang kelakar dalam cerita ini. lawak spontan. kelakar beb.
dari lima bintang aku boleh bagi tiga bintang la untuk cerita ini.

balik dari panggung kami singgah melepak di kedai mamak dawood. orang melaka yang duduk berhampiran bandar melaka mesti tahu kedai ini. apabila ada perlawanan bola sepak yang gempak gempak mesti penuh la orang. biasa la, adat melayu, melepak untuk menghabiskan masa yang terluang. macam macam orang kita boleh tengok bila kita keluar malam ni. belbagai ragam. yang duduk dengan awek peluk peluk, yang mabuk termuntah muntah, kawan tepuk kan belakang bagi reda sikit. sengaja cari penyakit..

mata liar memerhati gelagat manusia di malam hari. tiba tiba lintas dua wanita umur dua puluhan. dan mereka duduk berhadapan dengan meja kami. berbaju agak seksi x seksi sangat la. biasa-biasa untuk golongan wanita moden akhir zaman ini.

lelaki, apabila wanita mendedahkan aurat nya untuk diperhati percuma mesti la mengambil peluang untuk bekerjasama dengan syaitan kan? kami dengan tidak membuang masa memerhati tajam setiap inci tubuh wanita tersebut. ya Allah, banyak dosa aku dapat malam itu. secara spontan mata terlekat pada satu bahagian diantara bahagian-bahagian tubuh wanita tersebut yang didedahkan untuk tontonan umum malam tersebut. bahagian mana? pada tengkuknya. belakang tengkuk. ingin diingat kan mereka ini duduk bertentangan dengan kami. kira pandangan belakang la ni. dekat tengkuk wanita itu terdapat bulu macam ekor rambut la. membawa kedalam baju. imaginasi melampau lelaki, kami berbincang dan mengeluarkan pendapat masing masing perihal bulu tersebut. adakah bulu tersebut akan bersambung sampai ke bahagian belakang pinggang dan merebak macam bulu gorila di belakang pinggang nya? persoalan ini timbul..

kepada mereka yang punya jawapan kepada soalan ini, sila berikan jawapan anda di ruang komen. terima kasih..

dan kepada budak-budak kelas h2t11 yang dah tahu perihal blog ini, tolong bagitahu kepada yang lain kerana aku tidak sempat memberitahu kepada semua rakan kelas. masalah ekonomi sedikit. dan ajak lar mereka ini memeriahkan blog ini dengan entri-entri masing-masing. support our blog industry. majulah blog untuk kelas.. haha

_sekadar berkonsi pengalaman_

Berkongsi Nukilan

Saya mulakan tinta yang tak seberapa sekadar memeriahkan. Wah! puitis sungguh bahasa saya bukan. Ya! Memang sekian lama menjadi idaman untuk memiliki blog sendiri. Halaman dimana segala yang dipanggil suka duka, kepayahan, jenaka, atau kisah dunia yang sudah makin di penhujung ini barangkali boleh dikongsikan. Dan sekalian lama juga hasrat itu tidak pernah termakbul lantaran tercampak dari medan teknologi kerana internet di rumah yang sekadar biasa-biasa saja, perlu dial-up dan akan muncul bunyi-bunyi yang nyaring dan panjang (jangan ketawa yea). Jadi, rasa malas dan culas lebih menguasai dari rajin dan mahu. Maka, wajarlah rasanya saya berterima kasih kepada sahabat saya yang seorang ini, pengasas kepada blog tutorial T11, Mohammad Fakhruddin B. Mohammaed Nor. Produknya telah mencipta peluang buat saya berkongsi cerita, tidak, lebih kepada impian barangkali. Impian mahu menulis dalam dunia maya. Inilah nukilan yang pertama. Dan bakal menyusulnya nukilan yang lain-lain di Blog saya kelak. Insya Allah. Ziarahlah ye. Sebelum menokhtahkan tinta saya ini, ingin juga mencuri peluang menyampaikan salam selamat buat sahabat dan adik-adik junior saya. Selamat menempuh alam universiti, yang cabarannya beribu, onarnya nanti bertalu-talu dan ada juga bara di sepanjang perjalanan. Buat yang belum berkesempatan menjejakkan kaki ke gerbang ilmu yang lebih tinggi, usah bersedih. Talinya berusaha dan simpulan hujungnya keazaman. Kejayaan tidaklah dilihat pada angka dan abjad tetapi lebih dari itu, kejayaan adalah beramal dengan ilmu dan menyampaikan juga dengan ilmu. Salam kejayaan, salam persaudaraan buat kalian. ~ arasyi~

Tuesday, June 23, 2009

post kedua

hari kedua usia blog kelas ni.
tetapi aku belum beritahu budak budak kelas lagi kewujudan blog ini.
sebab aku tahu masing masing sedang sibuk dengan persiapan untuk masuk ke universiti. tahniah diucapkan. yang tidak berjaya untuk mendapat tempat, jangan putus asa. kerana anda masih boleh membuat rayuan atau belajar di mana mana ipts yang ada. yang penting berjaya dalam hidup ini.

hopefully i can publish this blog to all my classmate today. dan aku memerlukan sokongan semua budak kelas untuk memeriah kan blog ini. post la ape ape cerita korang pun.
yang penting blog ini tidak sunyi..

bermulanya blog h2t11

alhamdulillah, siap juga blog untuk kelas h2t11 ni.

this blog is created to ensure that our class member still keep in contacting with one another.
hope that all of you can write something in this blog.

tak kira la dalam bahasa apa pun.
yang penting bebudak kita still unite.
anda boleh pose pics anda disini, gambar kenangan kita bersama, atau mungkin gambar gambar baru anda ditempat baru, apa apa sahaja. asalkan dapat meriahkan blog ini.

yang dapat upu yang anda minta, tahniah diucapkan.
yang mungkin tidak bernasib baik, usaha lagi. mungkin bukan rezeki anda sekarang.
anda masih boleh membuat rayuan atau cuba ipts lain.
yang penting kita berjaya.

cukup setakat itu untuk 1st entry,
lets start blogging!