Friday, July 31, 2009

olla h2t110809

affa in da house!!!
eh. sape yg da view this blog???
mane yg lain?

Tuesday, July 28, 2009

kelakar tp ad pngajarannya

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga
PENGAJARANNYA: SILA BERHATI2 PILIH SUAMI...CARI SUAMI YG SGGP KORBANKAN DIRI SENDIRI DEMI ISTERI BKN YANG SANGGUP KORBANKAN ISTERI DEMI KPNTGN DIRI SENDIRI...HAHA...GOOD LUCK K....

Thursday, July 23, 2009




lawakan? so, copylah wat desktop background ke kat laptop korang ea..hehe...ok...salam

Monday, July 20, 2009

OT






wawawa
besh nye jd OT ni!
1st..jadual x pack sgt..
tp faz byk r trlibat ngan aktiviti kolej n fakulti sbb nk kmpul merit..sries letih r..

walopun ade prof tu ckp gle laju..mmg x paham..tp..
alhamdulillah..smua ok la..

ktorg satu kos ade 21 org je..
tp best la dorg sume..
sume 1 kpale...


besh giler!!!!!
hohoho
doakan kjayaan kami sbg OT yg tersohor!!

Monday, July 13, 2009

best or x best?????

salam...
wah, hari ni x de class!!!!!!!
ak x tau samada tmpt lain cuti atau x tp ktrang cuti arini coz plhanraya kat manik urai....
agak2 koranglahkn, sape ea yg akn mng? hehe.... dh trmsk soal politiklh plk....sori2....
ap2 pn ak x tau samada ak nk rasa hepi coz ak cuti arini or x hepi coz kls yg sptutnya
ada arini akan digantikan pd hari khamis....huhu....itu bererti hr khamis ktrang akan padat yg amatlah...huhu... tp x pe, ilmu punya psl, ktrng sggp brkrbn...'berkorban apa saja, harta atau pn nyawa'... cewah2, menyanyilah plk... nsb baik x bunyi suara, kalu x dh lama dh hujan ni...hehe...
oklah, stkt ini shj ak merapu.... ak mntk diri dl...salam

entri emo

salam kepenatan..

aku penat.
tak pernah belajar engineering drawing.
tiada basic.
tadi dah start melukis.
aku terkial-kial.
most of my classmates comes from sekolah teknik.
sangat expert.
3 jam didalam makmal pun tak siap lagi kerja.
tulis a sampai z je pun. basic sangat bagi diorang.
tapi bagi aku susah..
aku budak baru dan sedang belajar.
kalau salah atau lambat tolong bagi sokongan.
bukan gelakan.
kena tumbuk karang.
aku serius..
tunggu lah aku dapat tittle
capt. dr. ir. mohammad fakhruddin bin mohammed noor al-hafiz nanti..
tak lama lagi.
10 tahun lagi insyaallah.
doakan aku.
aku nak pergi makan.
lapar.
ajak fatin keluar pegi makan belanja aku dia tak nak.
kedekut..
jahat.

dah nak makan.
babai.

~kepenatan~

Sunday, July 12, 2009

kisah lelaki berkepala senget 3

sejahtera keatas kamu..

insyaallah hari ini ending cerita ini. tak tahu lah sedap atau tidak.
anda nilai sendiri...

seperti yang diketahui, kasim mengajak kemboja untuk menemaninya pergi ke hospital.
didalam perjalanan, kasim cuba untuk merapati kemboja dengan lebih erat.
kemboja berasa tidak selesa tetapi takut untuk meluahkan nya.
kasim berasa senang hati.
dalam fikiran nya, mungkin sudah terbuka pintu hati kemboja untuk bersama dengan nya.
kemboja pula?
diam tanpa bicara.
sepatah ditanya, sepatah dijawab.
sepuluh patah ditanya, tetap sepatah dijawab.
malas nak layan.
cepat2 la mati si kasim nie.. bentak hati kecil kemboja..

akhir kisah, malam itu,
kasim mengajak kemboja menemani nya ke satu tempat.
kemboja tanya kemana?
kasim jawab bersahaja 'ikut jaa..'
kemboja risau. lalu dijawab
'cakap dulu. kalau tidak taknak ikut..'
kasim: ikut la. kejap je. tempat special..
kemboja:mana??
kasim: hadui.. xyah la banyak tanya.. ikut je la..
kemboja: cakap dulu pergi mana..
kasim: pergi hati saya. jum? nak ajak awak declare nie..
kemboja: awak..
saya baik kat awak sebab consider awak sakit je..
saya lansung takde hati kat awak.. awak nak ke saya x ikhlas dengan awak?
kasim: x ikhlas pun takpe. yang penting saya dapat awak.. awak x kesian ke saya yang tengah sakit nie..?
kemboja: ok. kalau betul awak sakit, saya kaple ngan awak 3 bulan je. kalau dalam 3 bulan awak tak mati, kita clash. boleh??
kasim: @#4*&^*#@**&@...


cerita ni adalah gabungan kisah2 memember aku laki dan perempuan.
aku dengar dan ambil pengajaran..
kesimpulan dalam cerita ini senang saja.
kalau kau dah minat sorang perempuan, pikat lah dia dengan segala usaha. kerana perempuan ini lembut hatinya..
tetapi jangan sekali2kali menipu perempuan. kalau dah dia taknak, jangan lah cakap kau sakit ke, nak mati ke, atau apa saja lah idea bangsat yang ada dalam hati kau.
aku juga lelaki. tapi aku tak suka tipu benda macam ini.
macam lelaki sundalan tahu tak kalau kau menipu wanita yang sememangnya mudah tertipu.
kalau dah tak dapat tu, carik la wanita lain. ramai lagi kaum hawa yang menanti lelaki berjaya macam kaorang ni. sebab lelaki berjaya itu tidak ramai sekarang...

sory kalau cerita ini tidak menarik.
aku tidak pandai mengolah ayat yang menarik. sekadar peringatan kepada kawan2 akan hal begini.
kerana sedang berlaku ke atas 'adik' aku..

~end of the story~

Saturday, July 11, 2009

tolong!!!!!!!

apa sdh jd ngan diriku ini ya Allah......huhu.....
hari ni ngan semalam ak x study lgsg ni.....ap nk jd ni.....
sesapa yg ad tips untk mngmbalikan smgt bljr, tlglah share ngan ak....i really need that...
sepatutnya awal2 msk ni smgt nk bljr tu bkobar2...tp ak plk sblknya....huhu..
msk lecture je mata dh berat dh...ap cer...huhu...
kwn2, tlglah doakan mg ak n kita semua akn mndpt smgt bljr yg ckp berkobar2 ea...
moga2 kt semua berjaya dunia n akhirat.. Amin...

Friday, July 10, 2009

kisah lelaki berkepala senget 2

salam kekelasan..

sambungan dari kisah semalam. jika anda masih belum membaca kisah semalam sila turun kebawah utk meembaca dahulu kisah yang pertama...

kasim benar-benar tersentak dengan jawapan kemboja.
selepas mendapat jawaban sebegitu rupa, kasim dengan rasa keciwa bercampur marah memulakan stategi lain untuk mendapatkan kemboja. kali ini kasim tidak pedulikan lagi cara halal atau haram. yang penting, beliau memiliki kemboja. 'kalau bukan dapat hati nya, dapat tubuh nya pun jadi lar', sinis kasim didalam hati..

kasim lantas memikirkan idea untuk kembali memikat kemboja.
berhempas pulas kasim memikirkan kaedah dan formula untuk mendapatkan hati kemboja. seperti kanak-kanak matrik ketika membuat persediaan untuk menghadapi final sem 2 nampak nya.

tetapi apakan daya..
kasim hanya pandai diatas kertas.
ilmu dunia nya masih beginner lagi. baru nak up la bak kata orang zaman dahulu..
sekonyong-konyong, syaitan meniupkan idea kedalam otak reput kasim untuk menghubungi rakan-rakan nya yang expert didalam bidang ini. sudah bertaraf PhD la kata orang dalam bidang memikat wanita. boleh dikatakan permainan mereka ini hanyalah wanita gersang di luar sana yang mendambakan kasih hipokrit seorang lelaki..
kasim lantas membuat temujanji dengan mereka..

hari yang dinanti sudah tiba. sekumpulan pensyarah dari fakulti kajian sumber wanita tiba di kampung kasim untuk memberi khidmat runding cara.
dari kanan, prof khalapia b mamat, dekan fakulti ini. berdiri di sebelah, dr seman b abu saat, seterusnya chancellor universiti fucking shit malaysia, prof dr salman b itam..
kasim bermesyuarat dengan rakan-rakan buaya bangsat nya dan meminta pandangan mereka apa yang perlu dilakukan untuk menagih hati kemboja..

selepas sebeberapa lama memerah otak, mereka akhirnya bersetuju dengan satu teknik pasti dapat yang selalu nya diguna pakai oleh lelaki-lelaki kemarau sundal malaysia-
~BUAT-BUAT SAKIT NAK MATI!~
betul!
ini lah cara terbaik untuk mendapatkan perhatian wanita yang kaorang gilakan!
sungguh akan berhasil cara ini. jika tak percaya, cuba kaorang guna dekat perempuan-perempuan berhati lembut di luar sana. mesti mereka akan kasihan punya..
dah terkeluar topik sikit. do excuse me..
sambung balik.

kasim dengan pantas dan tuntas nya menelefon kemboja dan mengatakan perihal sakit x berapa lama lagi nak mati dia itu.
beliau memujuk dengan penuh perasaan seorang pelakon, bersungguh-sungguh meyakinkan kemboja bahawa beliau mengidap penyakit artery coronary sceleorosis. (aku reka je nama penyakit ni.jangan diguna pakai..).siap bagi surat pengesahan doctor lagi.biasa lah, kasim kan medik student.. kira kalau betul-betul berlakon, kasim tentu akan menang anugerah pelakon terbangsat berita harian..

perasaan wanita, kemboja berasa kasihan terhadap kasim. beliau dengan tidak semene-mena menitiskan air mata mendengar kisah sedihtipu kasim tersebut..
kemboja cuba mengawal perasaan nya untuk tidak lagi berkasar terhadap kasim.
tetapi untuk berkapel dengan kasim, mungkin belum lagi terbuka hati kemboja.
buat apa nak kapel dengan orang yang da nak mati kan? kalau ada tinggalkan harta takpa jugak..

kasim masih tidak berputus asa.
beliau memang tabah dan tak bermaruah. orang dah tolak tu nak mengimul-ngimul lagi. (haha. bahasa melaka dah keluar..)
setiap kali kasim ke hospital, tentu sahaja dia akan mengajak kemboja untuk menemani nya.
ini stategi kasim untuk berdua-duaan dengan kemboja.
seperti yang di rancang nya, kalau tidak dapat hati dapat tubuh pun jadi la..
kemboja yang berhati lembut tidak sampai hati membiarkan kasim pergi keseorangan.
takut pulak kalau jatuh tersandung sakit jantung lalu mati..

aish..
asar dah. bersambung lagi lah ye.
insyaallah esok habis..

~da kacak one~

Thursday, July 9, 2009

kisah lelaki berkepala senget 1

salam dari perlis..

sudah agak lama selepas entri terakhir saya disini.
agak sibuk setelah memulakan sesi pembelajaran.

hari ini saya ingin berkongsi satu cerita perihal lelaki loser.
tajuk nya agak kurang dari segi bahasa. tetapi punya maksud yang mendalam.. (falsafah ni.)
cerita nya macam ni...

aku ada seorang kawan.
kasim namanya.(bukan nama sebenar)
kasim ni budak pandai.
belajar mantap,budak medik la katakan.. koku pun boleh la tahan kalau nak compare dengan lelaki lembut diluar sana..
kasim ini muka nya hensem x hensem sangat, hodoh x hodoh sangat.
tidak hensem tetapi tidak buruk.
kiranya sedap mata lah memandang.
tapi tak dapat lah nak dibanding kan dengan penulis..


kasim meminati seorang wanita yang pada pandangan nya cantik, comel, ayu, dan segala kelebihan lah. orang dah minat kan, kentut pun boleh jadi wangi..
nama wanita tersebut ialah kemboja(bukan nama sebenar lagi.)
lalu kasim pun memulakan strategi ingin mengurat kemboja.
setelah mendapatkan no. telefon kemboja dari seorang kawan nya, kasim dengan perasaan penuh berharap dan rakus terus menyusun ayat.
malam itu, dengan bernafsu kasim me mesej kemboja.
malangnya nasib tidak menyebelahi kasim. kemboja tidak membalas mesej nya..
tidak mengapa. kasim tidak terus berputus asa.
hari berikut nya kasim mesej lagi kemboja.
masih tidak dilayan..
hari ke 3..
hari ke 4..
hari ke 5..
ke 6...
7..
8..
masih tidak mendapat respons dari wanita pujaannya..
hati kasim sayu dan pilu..

tak mengapa.
berbekalkan semangat tidak menyerah kalah dan tidak ber kemaluan,
kasim mula menelefon wanita tersebut.
alangkah bertuah nya kasim apabila kemboja melayan telefon nya..
ulat bulu dah naik daun!!
kasim mengayat wanita tersebut dengan menceritakan segala kelebihan yang ada pada dirinya sehingga membuatkan kemboja kagum terhadapnya.
hati wanita, lama-lama diayat akhirnya cair juga..
kasim ingin kan hubungan nya dengan kemboja melangkah ke satu tapak kehadapan lagi.
kasim akhir nya mengajak kemboja utk berkapel..

kemboja yang tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta takut utk menerima lamaran kasim kerana takut study nya akan terganggu.
lantas beliau bertanya kan perihal ceritanya kepada abang kesayangan nya.
abang nya bernama bidin(lagi sekali, bukan nama sebenar)
kasih abang terhadap adik nya, mesti nak pertahankan adik nya dari gejala2 yang kurang menyenangkan kan? walau pun abang nya sendiri pun berkapel..
bidin menyuruh kemboja berfikir masak2 perkara tersebut. jangan kerana mengagumi seorang lelaki yang tidak diketahui benar atau tidak cerita nya, kemboja di permainkan nanti..

setelah berfikir sejenak, kemboja lalu memesej kasim dan berkata..
'awak, saya cakap ni awak jangan marah ea.sebenar nye..
saya tiada hati dekat awak.
serius.
lelaki yang ada dalam hidup saya sekarang hanya abang saya sahaja.
awak tidak layak menggantikan tempat abang saya...
sory bro!'

bersambung...

Wednesday, July 8, 2009

xperience yg sukar dlupakan

assalamualaikum.....
apa khabar kwn2ku? ni ak, farah dz.. sori coz ak lmbt post ak nyer berita dlm blog ni....
wireless kat usm ada mslh skt...kdg2 blh msk,kdg2 x leh...
minggu orientasi ak ad 2 fasa... fasa 1 agak boring coz byk taklimat...
fasa 2 ktrang kena berdikari...mksdnya segala aktiviti ktrang kena urus sndiri..x de fasi yg tlg...
selalunya bgn2 pg diorang bunyikan siren...bl dah kn berdikari, x de r siren..agak susah jgk sbnrnya x de siren ni...hehe....hari khamis 2/7 aritu ktrang pg camping...ak kn cmping kat kem lata belatan, trgganu...lawa gak r kat situ...pokok2 mghijau menenangkan kepala otak ktrang yg tgh tensen time tu...haha..1st night duk kat sn, ktrang kn bgn pkl 3 pg n wat nite walking...jln sorang2 dalm hutan ngan berpandukan tali je..lampu x de lgsg...nk djadikan citer, tgh ak duk jln2 dlm utan tu, ak trhntk ngan pokok...gegar jap otak ak...haha...mamai kot, mklumlah br bgn tdr..haha...byk gak r aktiviti ms cmpng ni, tp yg plg tough bg ak ialah jungle trekking...bknnya ak x pernah jungle trek sblm ni tp yg kl ni ktrang kn merangkak dlm lumpur, pnjt tembok, merangkak through kawat b'duri n mcm2 ag r...tp nasib baik r x de lntah or pacat yg melekat kat ak...haha...oklah, ak mnta diri lu...apa2 hal aku post lg ak nyer berita...daa...salam.

Sunday, July 5, 2009

belajar semula


assalamualaikum ya habibi ya maulana!!

this is NUR FADZLINA BINTI ABU TALIB.
fadz tulis ni pon sbb fakar yg soh..
fadz dapat taw yg fadz ditawarkan ke UKM dlm jurusan Terapi Cara Kerja (Occupational Therapist) ketika kat mekah lg..mse tu nk g wat tawaf kat Masjidil Haram.
mmg hepy giler x terkata..

skng ni mmg tgh penat tahap cipan..baru je habis orientasi..
ketika mnggu orientasi fadz join Kebudayaan dalam persembahan silat gayung fatani.
oh ye..orientasi dijalankan di UKM bangi.fadz nye fakulti kat UKM KL.so..ari sbtu lpas bru j pindah ke kampus kat kl tu..siyes pnat...
da la kaki kejang sbb berlatih silat hari2..yela..da lme x brsilat..tbe2 brsilat mmg terlipat la otot2ku..:P

smlm mlm...ade prtandingan rekacipta bangunan mnggunakan straw..smbil2 tu ade explorace..fadz join gak..tp kne denda mse explorace sbb bg slh jawapan..habis muke kne sapu bedak sejuk..malu gileeee!!

hari ni..pkul 2 baru j kami dlepaskan dr sesi orientasi..
esok..nk kne brknalan ngan lcturer plak...
korang doakan fadz berjaya ye dalam course ni taw!
fadz pon akan doakan korg gak...

add blog fadz taw...
http://ena-fuzz.blogspot.com

Saturday, July 4, 2009

hari berdukacita..

assalamualaikum dan salam dukacita..

hari ini adalah satu hari yang penuh dengan belbagai perasaan.
hangin, menyirap, benci, marah, segala macam kedukacitaan lah!!
tapi pada masa yang sama rasa gembira, riang, cool sikit n dah tenang.
begini cerita nya...

hari ini adalah hari untuk community service bagi semua pelajar tahun pertama di unimap. kami semua di wajibkan untuk membersihkan seluruh kawasan negeri perlis yang terkecil di malaysia ini. kecil-kecil pun, kawasan nya luas juga lar. satu negeri kan. kami semua pelajar tahun pertama yang berjumlah lebih kurang 1600 orang di pecah-pecahkan kepada beberapa kumpulan.
kumpulan saya diberi kawasan sekitar pasar besar kangar.
tiada masalah untuk kerja pembersihan ini. kerana dapat berbakti kepada alam sekitar (siapa kata engineer merosak kan alam? budak bio sendiri yang tidak pandai merancang..).

balik semula kecerita asal.
sebelum aktiviti pembersihan yang sepatutnya dijangka bermula jam 2.45 petang, kami dikehendaki untuk menunggu seorang 'vvvvvvvvvvvvvvvip' ni.
beliau ini dirancang kan untuk tiba pada jam 2.20 petang kerana kami sudah berada disana seawal selepas jam 2 petang.
tetapi, mungkin kerana beliau ini terlampau sibuk, atau sakit perut terberak-berak (aku doakan kau jadi betul2 jika kau sengaja datang lewat tadi) atau juga kerana beliau rasa beliau ni sangat banyak huruf 'v' nya di dalam perkataan vip, beliau sengaja datang lewat untuk membuat kami tertunggu-tunggu. 'hero comes late' lar konon nya..

dalam lebih kurang jam 4 petang kot baru beliau ini sampai.
ucapan tidak di beri perhatian, kerana rata-rata pelajar telah menyirap dengan beliau kerana datang teramat lah lambat..

dan kami memulakan kerja pada jam 4.30 petang. kerja beres dalam pukul 6.50
menunggu bas lebih kurang 15 minit, sampai di rumah jam 7.15 malam. dan baru nak menunaikan solat asar. dosa saya kerana melewatkan solat anda tanggung ye vvvvvvvvvvip. kerana anda saya lewat solat. saya sudah mencari tempat solat. tetapi di pasar, fikir logik akal nabil pun boleh tau tiada surau. kan kan? ditambah dengan baju yang dah kotor dan berbau anak ikan campur ayam, daging dan sayur, di blend buat jus. bagi anda minum..

saya tersangat lah tiada mood tadi. tetapi terima kasihhh kepada arasyi, fazlina, ALONG, dan farah kerana menemani saya dikala kebosanan. jasa mu dikenang..

itu sahaja coretan untuk kali ini.
selamat beristirehat di hujung minggu ;p

akhirnye saya disini....

assalamaualaikum dan salam sejahtera..
akhirnye saya disini utk kali pertama.. minta maaf atas kesulitan yg melanda kerana sya agak sibuk kebelakangan ini utk menyiapkan research saya.. iaitu ttg apa e2 ump.. APA ITU UMP!! TIDAK!! kemurungan agk melanda apabila mndapat tahu bhwasenye sy trpilih utk melanjutkan pelajaran saya ke ump walaupn sy mndapat jurusan yg sya hajati.. setelah seminggu berada disini.. saya mula jatuh cinta dengan universiti ini... walaupn trpaksa berjalan 1km utk ke fakulti ttp saya agk berasa senang jugak le dgn persekitarannye insyaallah.. rase2nye... byk lagi nk tulis ni.. tp dah kilat n sy sedang menggunakan laptop seorng senior.. huhu.. jadi sampai disini sje le kot.. saya mngharapkan kawan2 berasa bhgia walau di mana sje anda berada... kenangla daku dlm doamu... stop..

arif shafiqin bin kamarul ariffin bin ismail bin dahlan

Friday, July 3, 2009

kembara malam

assalamualaikum dan selamat pagi.
anda sihat? kalau x sihat cepat-cepat pergi buat wasiat sebelum terlewat..

malam tadi aku pergi berjalan-jalan satu perlis. sewa kereta dengan rakan-rakan.
keluar pukul 10 malam dan kami bermalam di rumah member lain di taman semarak.
dalam pukul 2 pagi kot baru sampai rumah. kami pergi bersiar-siar, minum-minum sahaja.
adat melayu, melepak untuk menghabiskan masa yang terluang..

perlis ni malam dia mati. sangat lar tidak banyak kereta dekat jalan-raya. siang hari pun tak pernah sesak dekat sini. agak nya orang perlis ini semuanya baik-baik dan sopan santun belaka.
sepanjang perjalanan itu, terdapat satu kejadian yang mendebarkan telah berlaku. begini kisahnya..

orang yang pandu kereta ini ialah seorang pemandu yang katanya berpengalaman memandu kereta-kereta besar. kira expert lar ni. tapi beliau tidak ada lesen. (boleh camtu??)
dan ketika kami sedang berseronok didalam kereta, bertembung pula dengan sekatan jpj (road blok). rakan ini cepat-cepat berhentikan kereta di tepi jalan dan tukar driver. haha. tau cuak..
sampai dekat road block itu, kereta kami disuruh berhenti di tepi jalan untuk diperiksa. masing-masing dah cuak. kerana kereta yang kami sewa ini tiada permit lesen penyewa kereta. awal-awal lagi pakcik owner itu dah pesan. jika kena tahan, cakap itu kereta sendiri..
setelah di periksa, alhamdulillah tiada apa-apa masalah. cuma jpj itu banyak tanya lar. bila salam dengan dia, dia kata 'fuh sejuk nya tangan hang.' haha.

pengalaman pertama aku di tahan ditempat orang..

Thursday, July 2, 2009

hari yang memenatkan bermula

assalamualaikum dan selamat pagi

pagi ini aku ada rentas desa.
rentas sawah la lbih kurang.
perlis kan..

malam tadi tidur tak lena.
sebab tempat baru aku pindah ini scary sikit.
belakang blok hutan, sebelah blok kubur. haha
macam-macam cerita dengar dah dari senior.
tak tau la kalau mereka ini mereka cerita atau apa.
tapi mendengar cerita-cerita mereka buat hati kecut jugak lar. haha

dah lapar.
tapi disini tak boleh bawa dapur untuk masak.
nanti kena saman.
sikit-sikit duit.
zaman sekarang..
taktau dia watpa dengan duit itu.
masuk poket bagi anak-anak makan kot?
mungkin ye mungkin tidak.
tapi pandangan negatif itu sebenar nya membuat kita lebih berhati-hati dengan insan pemakan duit orang ini..

dah dekat perlis ini, mana FATIN NURAFIKAH ZULKIFLI?? sory kalau salah eja.
bila nak belanja aku makan?
kasihan lar dekat adik yang tercampak jauh ke negeri ini..
haritu aku mesej dia.
aku tanya duk mana?
dia kata duk utan aji.
utan aji tu dekat mana?
tak reply dah.
kalu reply boleh aku datang melawat. bagi pisang seulas dua. ulas ke? ke biji?
jangan marah ye. hanya gurauan orang melaka.

cukup untuk kali ini.
aku nak pi makan sat.(belajar cakap utara)
sini makanan murah woo.
murah sangat kot. jimat duit aku..

end of da story.
have a nice day.
_yang kacak_

terhempas di hujung dunia

assalamualaikum dan salam perpaduan.

sudah agak lama selepas kali terakhir saya meng update.
dan dalam masa tersebut banyak idea dan kisah serta pengalaman untuk di kongsi bersama. tetapi untuk post kali ini saya akan berkongsi satu kisah sahaja kerana syarat yang saya tetapkan kepada diri sendiri iaitu satu entri untuk satu tajuk sahaja. ada faham?

sesuai dengan nama tajuk kali ini.
saya telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian didalam bidang kejuruteraan metalurgi di universiti malaysia perlis/unimap/ universiti kejuruteraan utara malaysia (nama lama).
latar belakang jurusan dan universiti-

kejuruteraan metalurgi ialah salah satu cabang daripada kejuruteraan bahan(material engineering) dan ia mengkhusus didalam bidang logam (specialise in metal). kiranya semua metal dalam periodic table saya akan belajar beserta kegunaan, sifat sebatian kimianya, ketahanan, cara mengendali (bagi metal yang beradiasi seperti uranium dan plutonium), dan lain-lain lagilah yang saya pun belum tahu lagi.haha

universiti malaysia perlis pula merupakan hanya satu universiti didalam malaysia yang menawarkan program ini (buat masa ini). universiti malaysia perlis(unimap) ialah satu universiti yang bersifat bertaburan. seluruh negeri perlis adalah lokasi untuk unimap. boleh dikatakan radius untuk universiti yang terbesar di dunia ini ialah unimap. kerana radius nya ialah sepanjang negeri perlis. haha. radius saja besar. tetapi kampus kecil dan berselerakan..

naib cancellor di universiti ini berpangkat brigadier general. maafkan jika salah ejaan.
beliau sangat bersemangat hingga turut bersama-sama pelajar untuk senam poco-poco dan berkaraoke. umur tua dah tapi hati muda. memang semangat lah beliau ini. rugged gilar. sempoi beb. bagus bagus..

saya masuk ke unimap sementara menunggu untuk membuat permohonan semula ke MARA untuk proses pinjaman wang. ada sesiapa yang hendak sponsor? anda amatlah dialu-alukan. tetapi saya akan tetap fokus belajar engineering ini. manalah tahu sekiranya MARA ada masalah lagi dan saya terpaksa mencari peluang lain..
tapi jika saya belajar sehingga grad dan menggenggam segulung ijazah kelas pertama (insyaallah) saya akan tetap menunggu untuk jadi pilot.best juga kan jika nama saya nanti Captain Ir. Mohammad Fakhruddin b Mohammed Noor. kalau sambung sampai PhD, Captain Dr Ir Mohammad Fakhruddin b Mohammed Noor. (angan-angan dan mungkin tercapai) haha. doakan kejayaan saya..

Blog ini masih menunggu kehadiran adik beradik yang lain. mungkinkah mereka sibuk? ataupun masih tidak tahu kewujudan blog ini. harap yang sudah tahu tolong khabarkan kepada mereka yang belum.

setakat ini sahaja untuk entri kali ini. agak membosankan. mungkin kerana sudah sangat keletihan berpindah rumah dan ber orentasi minggu ini. harap maaf..

insyaallah saya akan kembali kerap meng update selepas ini kerana apartment baru yang saya duduki ini mempunyai akses internet terlaju bagi universiti-universiti di malaysia. ini satu yang bagus tentang unimap. memang pergh lah dia punya laju. boleh tahan lah. laju sikit dari streamix. (i'm exaggerating).

setakat ini.
salam perpaduan...