Friday, August 28, 2009

Wednesday, August 19, 2009

cerita dr kerek

assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua.

semalam aku pergi hospital.
badan rasa tak berapa sihat.
rasa macam nak semput pun ada.
mungkin kerana keadaan rumah aku sekarang yang sedang di renovate.
habuk kan..
dan aku sangat sensitif terhadap habuk dan kotoran macam ini.
pergi ke hospital untuk ambil nebelizer (ejaan taktau salah betul, tapi sebutan nya macam itu.)
apa tu nebelizer?
tanya orang semput. dia tau.
kalau tak, tanya dr farah..

cerita nya begini.
aku pergi mendapatkan rawatan ditemani mak aku yang sangat lah penyayang.
i love u mama!!
haha tetiba excited.
back to our story. do excuse me for the ngarutan.

sampai kat hospital besar melaka, register, dan terus dibawa ke blk rawatan.
cepat mungkin sebab mak aku kerja kat sana kot.
dapat servis ok lar. laju jugak la kan.
then sampai dlm blk tu, nebelizer di sedut.
dlm 20 minit, habis sekali pam.
kena tunggu 30 minit utk tengok samada 2nd dos diperlukan atau tidak.
mak aku time tu da pergi amik adik dekat tuition.
so tinggal lah aku melepak sorang2 disitu.
tunggu punya tunggu, da dekat sejam.
aku tanya MA tu, lama lagi ke nak kena tunggu?
dia cakap kejap lagi. tuggu dr.
takpe la. mak aku pun takde kan, tunggu lah sekejap.
lebih kurang 30 minit lepastu, mak aku call tanya dah siap ke belum.
aku beritahu beliau aku kena tunggu dr.
mak aku cakap tunggu lah sekejap lagi.

30 minit berlalu..
aku da start hangin.
penantian itu satu penyiksaan..
aku ingat nak cabut je.
malas ar nak tunggu dr.
lepas aku bangun je tetiba ada pulak dr panggil aku.
tanya nama.
lepas tu dia check.
boleh pulak macam tu kan.
tapi tak pa lar kan. asalkan dia check.
at da same time, mak aku masuk bilik itu.
tetiba je. dia masuk untuk pastikan samada dah ada dr atau belum.

lepas dah siap check, dr tersebut tanya aku.
macam ni dialog dia

dr: u biasa pakai ubat apa?
aku: inhaler.
dr: ubat apa dlm dia?
aku: tak ingat nama la. ape ea ma?(sambil tanya mak aku)
mak aku: ventolin.
dr: ni umur dah berapa nih ubat sendiri tak tau nama??( sambil tengok2 ic aku )
aku: 19. tak ingat nama dia la dr.
dr: macam budak kecik nak tanya2 mak nama ubat sendiri.

huh. aku da start hangin satu badan kena sound macamtu.
dah itu bukan bidang aku, patut nya ko lar yang check aku ubat apa kan?
menyirap giler aku ngan dia.
cuba bayangkan situasi dia dan aku, 5 taun lagi. waktu tu aku da jd metallurgy engineer.
dia nak beli rumah dan nak tambah rumah dia dan nak tukar gate depan rumah dia.

dr: saya nak tukar gate depan tu ya.
aku: owh. ok. awak nak pakai gate apa?
dr: kalau boleh gate besi.
aku: gate besi? besi apa? besi itu senang karat. kena pakai mix metal.
dr: gate besi la. besi apa eh? hehe taktau la. (sambil buat tergedik2..)
aku: ni umur berapa nih logam gate rumah sendiri pun taktau apa komposisi dia?? macam budak kecik xpena sekolah la awak ni. ni keje apa nih??(bantai cukup2)
dr: sy dr. tak tau pulak benda2 ni. bukan bidang saya kan..

ha tau pun ko itu bukan bidang ko.
sama lah macam aku. kau tanya apa nama ubat segala, mana lah aku nak tau.
dah tu bukan bidang aku. sengal. jd dr pun bodo. belajar tinggi2 tapi pandai atas kertas je nak buat ape..

moral of the story is,
siapa pun orang itu, tinggi mana pun jawatan kita, jangan lah nak sombong bongkak dengan apa yang kita ada.
kita tak perfect.
mungkin kita ada kelebihan dalam satu bidang, tapi bidang lain kita kurang.
hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..

kisah ini mungkin peringatan kepada kita semua, dr farah expecially, da jadi dr nanti jangan lah kerek ea.
aku bawak flight terempas kat hospital ko nanti. haha.

k cita dah abis.
mau berehat bersama keluarga..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

~salam ramadhan~

Sunday, August 16, 2009

kebodohon dan kesempitan akal

salam sejahtera keatas kamu semua..

semalam aku pergi tengok cerita g.i joe.
best woo cerita nih. graphic dia sangat lah gempak bagi aku.
jauh lagi kalau nak dibanding kan dengan negara kita nih.
siap boleh buat eiffel tower runtuh tu.
aku recomment lar cerita nih kat kawan2 semua. hahaha

nak dijadikan cerita. baru kejap tadi aku tolong nenek kemas rumah.
ternampak selai surat khabar lama nih.
tajuk dia FILEM REMPIT V3 ARAHAN FARID KAMIL DIHARAMKAN.
tertarik dengan artikel lama tu, aku pun baca lah..
alasan pengharaman cerita itu adalah kerana terlalu banyak babak ganas dan rempit ditampil kan.

aku fikir, kenapa la bila je orang kita nak buat sesuatu yang baru, nak buat pembaharuan, mesti ada je halangan dari mereka yang dengki ni.
alasan bodoh yang tak masuk akal kot.
kenapa tak lembaga penapisan filem band je filem2 luar yang lagi giler babeng kot babak aksi melampau dia, beserta dengan kelucahan yang memang boleh buat budak2 remaja sekarang stim dalam panggung tu dan terus buat projek dlm panggung?
kenapa lar sempit sangat pemikiran orang kita kan?
bukan nye kalau tak ditayangkan filem tu mat rempit boleh berenti merempit kan?
dan bukan nye disebabkan cerita macam tu budak2 akan lagi seronok nak merempit.
benda ni bergantung pada individu itu sendiri lah kan.
kalau nak pilih jalan hitam dalam hidup, silakan..
tapi tanggung sendiri la akibat die. jangan menyusahkan idup orang sudah la..

cukup cerita pasal kesempitan otak orang malaysia yang kurang berfikir.
tak berani berhadapan dengan pembaharuan.
bila kita nak maju?
bila nak keluar dari zaman gelap?
bila nak pergi zaman renaisance?
bila???

bodoh...
hang pikiaq lar sendiri..

untuk mu ustaz asri

salam sejahtera dan assalamualaikum.. (terbalik pula)

aku tengah cuti sekarang!
hehehe.
boleh la kot update selalu dlm seminggu nih.
insyaallah..

untuk hari ini, sama2 kita hadiah kan al fatihah kepada ustat asri(rabbani) yang telah pulang menghadap yang kekal pada minggu ini.
pemergian nya aku rasa satu kehilangan besar lah dalam dunia nasyid malaysia kita nih.
aku salute orang seperti beliau yang tak sempit pemikiran nya.
orang berilmu dan berdakwah tapi tidak hanya berdakwah dengan cara memberi ceramah..
tidak seperti sebilangan kecil tabligh kat negara kita nie yang berfikiran jumud(sempit) yang kalau nak berdakwah mesti nak pakai baju lusuh yang kadang2 tu berbau busuk. konon zuhud lah tu? tak kena tempat..

aku ingat lagi waktu kecik2 dulu lagu pergi tak kembali yang beliau nyanyi tu, rasanya memang 'berhantu' lah. aku sangat takut dengar lagu tu waktu kecik dulu. rasa macam ajal dah dekat je.
terus tak jadi nak buat nakal kalau tengah berniat.
cara beliau berdakwah bagi aku memang sangat lah berkesan dan menarik.

dan alhamdulillah beliau pergi dalam kesudahan yang baik ketika dalam perjalanan untuk berdakwah.
semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 soleh dan ahli syurga..
amin..
alfatihah...


~yang terasa kehilangan~

Wednesday, August 12, 2009

help!!!

salam...kengkawan..ak ad prob skt ni...nape ea internet xplorer ak x leh bukak facebook?...sape2 yg pandai dlm hal2 camni tlglah ak ea...bkn besar sgt pn prob ak ni tp still prob jgklah kan...haha...oklah...apa2 hal pn, study smart n remember Allah always...hehe..salam

Sunday, August 9, 2009

entri ringkas

esok aku exam..
selasa aku exam..
rabu aku rileks..
khamis aku cuti...
JUMAAT AKU BALIK!!!!

hehehe.
lamee dah tak balik rumah.
to mya, welcome to this site.
rajin2 lar update post korang yer..
to budak2 lain, blaja rajin2. hahaha

~yang tiada idea kerana sibuk study~

Thursday, August 6, 2009

aku baru view ^^


haha.. t'lambat btul la aku nk view blog ni.. maklum la..
aku xde blog..
haha.. korg2 sume kt mane..? aku skng kt utem.. sape2 yg turun melaka tu, ley la dtg melawat aku..
hahaha.. =p

rindu btul la kt korg sume.. ^^ bler la ley wat gathering kn.. =) bersame ni d sertakn pic aku ngn dak2 class baru.. ktorag ni pelajar2 multimedia.. ni yg rapat2 ngn aku la.. ade lg sbnr nye.. tp M.I.A lak time pic ni d capture.. ^^
nnt ley la ktorg wat upin ipin versi 2020 haha.. =)

ok la, take care evryone!~
berjumpe d laen waktu =)
-mya-

Monday, August 3, 2009

aku dah pandai hack sikit2

hahaha!!!
dengan kecanggihan teknologi budak2 software engineering aku berjaya meng akses ke blog kelas yang dah lama xdapat aku bukak ini!
hatiku puas!!!

start esok insyaAllah aku akan update post2 menarik untuk blog ini.

kepada affah: terimakasih kerana sudi join blog kelas ni. walaupun lambat sikit tapi anda tetap dialu alukan disini.

kepada faz: cube mintak gamba tu kat budak2 terdekat dengan ko. kalau tak, dtg perlis amik kat aku. haha


-yang kepuasan-

Saturday, August 1, 2009

korang!!!!!!!!!



weh..aku tlah khilangan pndrive ku..

maka dengan itu aku telah kehilangan gmbar2 knangan kite...

tlg wei..
sape2.. tlg mg'upload'kan file gmba tu kt cni ek..
plzzzz

-fadz