Wednesday, August 19, 2009

cerita dr kerek

assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua.

semalam aku pergi hospital.
badan rasa tak berapa sihat.
rasa macam nak semput pun ada.
mungkin kerana keadaan rumah aku sekarang yang sedang di renovate.
habuk kan..
dan aku sangat sensitif terhadap habuk dan kotoran macam ini.
pergi ke hospital untuk ambil nebelizer (ejaan taktau salah betul, tapi sebutan nya macam itu.)
apa tu nebelizer?
tanya orang semput. dia tau.
kalau tak, tanya dr farah..

cerita nya begini.
aku pergi mendapatkan rawatan ditemani mak aku yang sangat lah penyayang.
i love u mama!!
haha tetiba excited.
back to our story. do excuse me for the ngarutan.

sampai kat hospital besar melaka, register, dan terus dibawa ke blk rawatan.
cepat mungkin sebab mak aku kerja kat sana kot.
dapat servis ok lar. laju jugak la kan.
then sampai dlm blk tu, nebelizer di sedut.
dlm 20 minit, habis sekali pam.
kena tunggu 30 minit utk tengok samada 2nd dos diperlukan atau tidak.
mak aku time tu da pergi amik adik dekat tuition.
so tinggal lah aku melepak sorang2 disitu.
tunggu punya tunggu, da dekat sejam.
aku tanya MA tu, lama lagi ke nak kena tunggu?
dia cakap kejap lagi. tuggu dr.
takpe la. mak aku pun takde kan, tunggu lah sekejap.
lebih kurang 30 minit lepastu, mak aku call tanya dah siap ke belum.
aku beritahu beliau aku kena tunggu dr.
mak aku cakap tunggu lah sekejap lagi.

30 minit berlalu..
aku da start hangin.
penantian itu satu penyiksaan..
aku ingat nak cabut je.
malas ar nak tunggu dr.
lepas aku bangun je tetiba ada pulak dr panggil aku.
tanya nama.
lepas tu dia check.
boleh pulak macam tu kan.
tapi tak pa lar kan. asalkan dia check.
at da same time, mak aku masuk bilik itu.
tetiba je. dia masuk untuk pastikan samada dah ada dr atau belum.

lepas dah siap check, dr tersebut tanya aku.
macam ni dialog dia

dr: u biasa pakai ubat apa?
aku: inhaler.
dr: ubat apa dlm dia?
aku: tak ingat nama la. ape ea ma?(sambil tanya mak aku)
mak aku: ventolin.
dr: ni umur dah berapa nih ubat sendiri tak tau nama??( sambil tengok2 ic aku )
aku: 19. tak ingat nama dia la dr.
dr: macam budak kecik nak tanya2 mak nama ubat sendiri.

huh. aku da start hangin satu badan kena sound macamtu.
dah itu bukan bidang aku, patut nya ko lar yang check aku ubat apa kan?
menyirap giler aku ngan dia.
cuba bayangkan situasi dia dan aku, 5 taun lagi. waktu tu aku da jd metallurgy engineer.
dia nak beli rumah dan nak tambah rumah dia dan nak tukar gate depan rumah dia.

dr: saya nak tukar gate depan tu ya.
aku: owh. ok. awak nak pakai gate apa?
dr: kalau boleh gate besi.
aku: gate besi? besi apa? besi itu senang karat. kena pakai mix metal.
dr: gate besi la. besi apa eh? hehe taktau la. (sambil buat tergedik2..)
aku: ni umur berapa nih logam gate rumah sendiri pun taktau apa komposisi dia?? macam budak kecik xpena sekolah la awak ni. ni keje apa nih??(bantai cukup2)
dr: sy dr. tak tau pulak benda2 ni. bukan bidang saya kan..

ha tau pun ko itu bukan bidang ko.
sama lah macam aku. kau tanya apa nama ubat segala, mana lah aku nak tau.
dah tu bukan bidang aku. sengal. jd dr pun bodo. belajar tinggi2 tapi pandai atas kertas je nak buat ape..

moral of the story is,
siapa pun orang itu, tinggi mana pun jawatan kita, jangan lah nak sombong bongkak dengan apa yang kita ada.
kita tak perfect.
mungkin kita ada kelebihan dalam satu bidang, tapi bidang lain kita kurang.
hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..

kisah ini mungkin peringatan kepada kita semua, dr farah expecially, da jadi dr nanti jangan lah kerek ea.
aku bawak flight terempas kat hospital ko nanti. haha.

k cita dah abis.
mau berehat bersama keluarga..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

~salam ramadhan~

1 comment:

  1. kuang3...kelakar giler story ko....semangat giler ko citer ea...yg pntg, gelaran dr farah tu mintak2lah jd kenyataan...amin....huhu..

    ReplyDelete