Tajuk ni seperti mana sume orang dah tahu, saje je nak spamming. Jahat tak?
Anyway, semua orang dah nak masuk universiti dah. Rindu lak kat korang. Ain sejak kebelakangan ni dok asyik call teman seperjuangan dulu2 kat Matriks. Sapa orangnye? Hehehe... Ain ni jenis orang yang cepat confuse tak tentu arah dan bila Ain nak confirmation daripada seseorang, mestilah orang yang pernah buat benda ni atau orang yang nak buat benda yang sama seperti Ain. Lepas dapat result dapat masuk UNIMAS...ye, UNIMAS. Sesapa yang Ain pernah beritahu yang Ain ni nak sangat masuk UNIMAS, ha!! Dapat masuk pun!! Syukur Alhamdulillah..
Sambungan, lepas dapat result masuk UNIMAS, terus Ain call sapa haa...Oh ye, Ain call kawan2 masa Sem 1, Arasyi, Fakhruddin, Arif...sapa lagi? Tak ingat lak plak. Com orang tak betul Ain dok asyik call orang especially Arasyi. Kesian Arasyi...kalau handphone dia berdering tuh...hmph! Tak lain tak bukan, Ain le tu. Hahahahaha!!
Anyway, Ain akan bertolak ke Sarawak...hari ni hari Sabtu, 1.04 am.....Ain akan bertolak ke Sarawak hari ni. Pukul 12.20pm adalah flight dari KB ke KL. Flight KL ke Kuching plak kul 4 pm. Taklah letih sangat cume nak tunggu berjam2 kat KLIA yang tak tahan nih.. Dahlah takde katil kat airport tuh. Nak tidur...hmph! Kerusi je la jadi katil ke sofa ke...ikut imaginasi anda. Ada jugak teman seperjuangan lain yang Ain dengar dapat masuk UNIMAS macam Ain, Hasni dan Asmiha(budak kelas H2T13). Dapat ke kita bersemuka nanti? Harap2 dapatlah kalo tak sibuk sangat, ye tak?
Kepada yang lain, tahniah ye dapat masuk U! Safwan, jangan putus asa. Ada banyak peluang di dunia ni, kita kena rajin mencari sahaja dan berusaha. Fakhruddin, Ain berdoa agar harapan awak nak jadi pilot dan kasi Ain tiket free balik Kelantan dari Kuching termakbul. Amin...
Itu sahajlah daripada Ain. Kalo Ain ada masa, Ain akan bercerita lagilah dia lain hari.
Adventure to Kamdar!
7 years ago
arasyi to ain : kenapa pulak menyusahkan bila Arasyi rasa senang sebenarnya Ain. Setiap perbualan adalah berharga dan lebih terasa berharganya bila ukhuwah berpanjangan. Insya Allah.. safe journey Ain dan moga-moga Bumi Sarawak mengalu-alukan pejuang ilmu sepertimu. Jihad yang terasa kecil tetapi teramat mulia.
ReplyDelete